Wednesday, December 28, 2016

DUA RIBU ENAM BELAS

Assalamualaikum, salam sejahtera.

dua ribu enam belas hampir ke penghujung. Setahun usia bakal meninggalkan kita. dan kita kini dimana? Syukur pada kesempatan yang ada, yang diberikan Ilahi, ya, kita bersyukur.

Pada asalnya pada kali ini saya sebaiknya berceritakan berkenaan pada masa akan datang, dan bukan perihal yang telah lepas. 

Dua ribu tujuh belas.

Iya, sesuatu yang aku rencanakan yang paling besar. Insha Allah, Tuhan aku mohon.

Allah, tunjuk aku cahaya dan luruskan jalan aku untuk kehidupan ini. Dunia dan Akhirat.

Amin.

Monday, March 2, 2015

Dimana?

2014,
Kamu kemana?
Sampai menghilang sebegini.
Kemana?

Friday, July 5, 2013

untuk yang pertama kali

mula apabila tinggal hanya kita dua.
tak pernah ada siapa rancang.
kita yang menang
one-two-som
Agil dan Musta yang kalah.
pergi beli pizza.
malam tu semua kami lapar.

detik mati tunggu pizza tak pulang.
studio tu yang saksi. saksi mati. saksi beku.
Asah bakat drums solo.
Asah bakat gitar kapok.

******

Rasanya hangat,
Rasanya boleh mencair salju,
Rasanya seperti amat dibakar,
Rasanya seperti dijulang api,
Panas.

Tapi rasa tu sempurna.
Sebab rasa yang boleh buat kenyang.
dan lupa pada pizza.

*Merah, Ali, Agil, Musta.
(Dibulan Julai duaributigabelas)

Tuesday, May 14, 2013

si manja


selamat malam rangga hati,
tutup rapat matamu,
lenalah jiwa kasihku,
selena yang engkau terujakan.
aku ada tetap disini,
disisi manja kamu,
jagamu, lindungmu,
sampai pagi, aku masih.
disisi manjamu ini,
pagi datang, dan bukalah matamu,
bangunlah sayang.
mari menari lagi,
sama seperti hari semalam.
aku tak akan lelah,
sampai kamu dewasa.
sayang.

puisi untuk anak.

walau aku masih tidak punya satu.
emmetnadzirahishaktaha, 13 mei 2013.


Wednesday, February 20, 2013

Bank In duit dari Bank Malaysia ke Bank Indonesia.


Anda rakyat Malaysia?
Bekerja sebagai jurutera.
Anda Minat music indie?
Dari semua Negara.
Yang Janji sedap.
Termasuk band Indonesia?
Mahu beli CD mini album mereka?
Perlu bank in duit ke Indonesia?

Yah~! Semua soalan di atas itu adalah aku.

Entry dua kali sebelum ni adalah pasal indie band Indonesia yang aku sedang dengar sekarang ini.
Rendy Ahmad + Simponi
Jadi sebab minat, aku buat keputusan untuk dapatkan Mini CD #cintabumimanusia.
Lepas balas email dengan mereka, dan dapat tahu bagaimana semua prosedur. Bermula dengan aku perlu bank in duit kepada mereka. Ye, Indonesia.
*sejak dua tahun aku kerja di site construction, aku memang rapat dengan ramai warga Indonesia yang kerja disini. Aku senaraikan,

1. indon cat
2. indon tile
3.indon render
4.indon plaster
5.indon besi
6.indon kayu
7. indon pipe
8.sutikno
9. eddy
Begitulah ramainya.

Tapi sekarang, site aku dah siap. Ye, almost siap. Mana nak contact lagi dengan semua indon-indon diatas.
Jadi sekarang aku perlukan maklumat bagaimana nak buat bayaran CD aku yang sebanyak 25 000 rupee ini. (dalam RM adalah hanya RM18 sekali dengan bayaran pos)

Tapi masalah aku itu bukanlah masalah sangat. Senang je rupanya nak bank in duit ke Bank Indonesia.

Pergi lah CIMB Bank. 
Tanya di kaunter. Isi Borang Speedsend (Send money form)
Tapi yang penting.
1.       Nama Bank
2.       Nama Penerima
3.       Nombor Akaun.

Semua tu perlu betul. PERLU!

Kalau salah ejaan atau salah di mana mana satu nombor, Bank Indonesia akan return ke Malaysia semula. Tu akan menyebabkan urusan mengambil masa. Dan leceh.
Then yang kedua penting. Duit akan ada dalam akaun Bank Indonesia kurang dari 24 jam je. tapi dalam waktu bekerjalah. Kalau bank in tengah hari, sebelum pukul 5 dah boleh clear. Kalau bank in petang, maybe esoknya baru clear di bank Indonesia.
Ketiga penting! Encik Bank gelakkan aku sebab bank in RM 18 sahaja. Mungkin selalu orang bank in ribu ribu kot. Kalau ribu ribu ada cas RM10. Oleh kerana aku bank in RM18. So tak ada cas. Weee....
Then, done!

Skrg tunggu barang sampai dari Indonesia sahaja... =)

Monday, February 18, 2013

BACA #1


Pada kala malam 
mata tiada pedih
tiada layu.

apalagi yang harus dicoret, wahai mata
baca.
iya. baca.
ambil saja.
namakan saja.
apa saja.

surat khabar,
majalah,
buku nota,
nota sekolah,
malah bacaan puisi...

maka bacalah.


baca #1 - 01:22 pagi. sudah february 18, 2013

Sunday, February 17, 2013

RENDY AHMAD + SIMPONI

Assalammualaikum. 

waktu senja kala. begini. aku nak tulis pasal satu band yang sangat awesome. pada aku.

Indonesian Band. Bagi aku untuk indonesian music, sebenarnya band selain Sheila On 7. Hati aku paling terpikat dengan yang ini. 

*...Rendy Ahmad + Simponi (Sindikit Musik Penghuni Bumi)...*

Kenal?

Rendy Ahmad adalah Arai!
Baca Sang Pemimpi karyanya Andrea Hirata?
Tonton Sang Pemimpi Sutradara Riri Riza
dan
Simponi adalah Sindikit Musik Penghuni bumi yang punya perjuangan.

jadi. aku hidang Music Video VONIS-VERDICT buat halwa telinga.
yang ada perjuangan Anti-Rasuah (Korupsi)


Semua karena korupsi
Negeri kaya anak kurang gizi
Rakus pejabat politisi
Bangsa kaya anak tak sekolah

Pengusaha rakus hutan gundul
Bencana datang tak henti
Vonis hakim bisa dibeli
Koruptor dilindungi

We are making movement
We are not a silent generation
Share your wild imagination
We are building a revolution

Kita mengaku
Bertahan air satu
Tanah air tanpa korupsi

Kita mengaku
Bertanah air satu
Tanah air tanpa korupsi

Kita mengaku
Berbangsa satu
Bangsa yang lestari

Kita mengaku
Berbahasa satu
Bahasa tanpa kekerasan

One World Without Corruption



indah. bukan?






something AWESOME here~!

followers~!

tuan punye blog~!!

My photo
emmetsilurus bendul:: sila jangan ambil kesempatan

hey~! AWESOME